RAJAH 4 : DOMAIN OBJEKTIF KOGNITIF
1) ARAS KOGNITIF
a) Kemahiran Berfikir Aras Rendah
i. Pengetahuan
Kemampuan mengingat dan menghafal konsep-konsep umum dan khusus, proses, kaedah, corak, pola dan struktur yang terdapat dalam kandungan kurikulum dan mata pelajaran. Peringkat ini ialah aras untuk menghafal dan mengingat semula perkara yang telah dipelajari dan dikuasai.
Contoh kata kerja : Murid boleh menamakan, menyatakan, menyatakan, melabelkan, mendefinisikan, menyusunkan, menyebutkan dan lain-lain seumpamanya.
ii. Kefahaman
Menguji kefahaman murid terhadap perkara yang telah dipelajari.
Contoh kata kerja : Murid boleh menjelaskan, menghuraikan, menerangkan, membincangkan dan lain-lain seumpamanya.
b) Kemahiran Berfikir Aras Sederhana
i. Aplikasi
Kebolehan menggunakan prinsip prosedur dan mampu melaksanakan ilmu yang telah dipelajari bersama guru.
Contoh kata kerja : demonstrasikan, tunjukkan, binakan, kembangkan
ii. Analisis
Memisah dan menyenaraikan elemen serta mampu membahagikan bahan kepada bahagian kecil dan menentukan perkaitan antara satu sama lain.
Contoh kata kerja : pisahkan, tentukan, analisiskan.
c) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
i. Penilaian
Membuat keputusan berdasarkan kriteria dan piawaian melalui semakan dan kritikan.
Contoh kata kerja : nilaikan, cadangkan, ulaskan, tentukan.
ii. Reka Cipta
Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheran atau berfungsi, menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.
Contoh kata kerja : gabungkan, gubahkan, rekakan, binakan, rancangkan.
2) KBAT
Pengertian : Keupayaan untuk mengaplikasikan tahap berfikir pada aras aplikasi, analisis, penilaian dan berkeupayaan menghasilkan reka cipta. Kemahiran berfikir pada aras tinggi ini memerlukan kebolehan untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
i. Kemahiran Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan betul.
Contoh :
- Murid mengetahui akhlak yang baik dan akhlak yang buruk di sisi islam.
- Murid dapat menunjuk cara-cara melakukan solat fardhu.
ii. Kemahiran Menganalisis
Mencerakikan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.
Contoh:
- Murid mengetahui akhlak yang baik dan akhlak yang buruk yang dilakukan oleh rakannya.
- Murid dapat menyiasat adakah solat yang dilakukan oleh rakannya sah ataupun tidak.
iii. Kemahiran Menilai
Tahap yang dapat direalisasikan apabila murid dapat membuat pertimbangan dan keputusan bagi menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi.
Contoh :
- Murid dapat memilih makanan yang baik dan berkhasiat berdasarkan kualiti pembungkusan dan maklumat yang terdapat pada label makanan.
- Murid dapat memilih dan menentukan ciri-ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan teladan.
0 Comments