RAJAH 7 : TAHAP PENGUASAAN STANDARD PENTAKSIRAN KSSR/KSSM

Tahap 1    -    Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

Tahap 2    -    Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

Tahap 3    -    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu  situasi.

Tahap 4    -    Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

Tahap 5    -    Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi     baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

Tahap 6    -    Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan  pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif serta boleh dicontohi.