RAJAH 1 : RINGKASAN KANDUNGAN
Guru sebagai pelaksana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu bijak memanfaatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam merangka pelan pengajaran yang lengkap untuk dilaksanakan dalam bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berperanan sebagai pelan pengajaran guru yang akan dilaksanakan dalam bilik darjah.
Perancangan yang menyeluruh perlu dirangka oleh guru untuk menjadikan sesi pembelajaran bilik darjah lebih bermakna dengan set induksi yang menarik, hasil pembelajaran yang jelas mengikut domain yang bersesuaian dengan kandungan topik yang diajar, pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan minat murid serta pelaksanaan penilaian formatif semasa sesi pembelajaran.
Oleh itu, guru perlu mengambil kira domain objektif kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Bertitik tolak daripada perkara ini, guru mestilah menyemai dan merangsang ketiga-tiga domain tersebut. Berdasarkan ketiga-tiga domain ini, guru dapat memanipulasikan dan mengaplikasikan domain ini dengan mencipta soalan-soalan yang bertepatan. Bahkan guru dapat merancang pembelajaran yang ingin diajar berdasarkan domain-domain ini.



0 Comments