Rajah 2 : Proses Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Aspek 1 : Perancangan
Merancang proses pembelajaran 3 Standard iaitu :
i. Standard Kandungan (SK)
ii. Standard Pembelajaran (SP)
iii. Standard Prestasi (SPi)
Perancangan pengajaran mestilah mengikut SK yang telah ditetapkan. Manakala merancang keberhasilan mestilah disesuaikan dengan SP sebagai panduan yang perlu dirangka oleh pihak pelaksana (guru-guru) supaya keberhasilannya dapat dijelmakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan kemenjadian murid dapat diukur bertepatan dengan SPi.
Terdapat dua rancangan pengajaran yang mesti dilengkapkan oleh guru iaitu :-
i. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
ii. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Perancangan yang baik juga perlulah mengambil kira faktor persekitaran bilik darjah dan murid-murid yang terlibat itu sendiri di mana kurikulum tersebut dilaksanakan. Perancangan pengajaran yang dirancang oleh guru secara teliti dapat memastikan kandungan kurikulum yang dilaksanakan dalam bilik darjah sentiasa teratur dan menepati objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
Aspek 2 : Pelaksanaan.
Guru melaksanakan proses pengajaran dengan merujuk kepada perancangan yang telah dihasilkan dengan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Rancangan pengajaran yang dirancang perlu mengambil kira kesesuaian masa dan suasana bilik darjah. Antara perinciannya ialah:
- Aktiviti
- Tugasan
- Sumber
- Hasil Pembelajaran
- Penilaian Prestasi
Guru yang bersedia lebih awal dengan RPH mampu mengelola aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sehingga dapat mencapai objektif yang dihasratkan.
Aspek 3 : Penilaian
i. Formatif (Berterusan)
ii. Sumatif (Menyeluruh)
Pentaksiran berperanan untuk menyemak sama ada matlamat kurikulum dan objektif/hasil pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya. Proses menyemak keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan pengajaran boleh dijalankan melalui penilaian formatif (berterusan) mahupun berbentuk sumatif (menyeluruh).
____________________________________________________
Rumusan :
Pengurusan kurikulum bilik darjah melibatkan 3 peringkat iaitu :
i. Perancangan
ii. Pelaksanaan
iii. Penilaian
Ketiga-tiga peringkat mempunyai kaitan yang sangat rapat. Tanpa perancangan maka perlaksanaan dan penilai tidak akan mencapai objektif yang sebenar. Tanpa pelaksanaan, sudah pasti perancangan menjadi sia-sia dan penilaian tidak dapat dijalankan. Manakala perancangan dan pelaksanaan kurikulum tanpa penilaian maka kemenjadian murid-murid tidak dapat dipastikan . Oleh itu, guru-guru mestilah berkebolehan untuk mengendalikan peringkat perancangan pengajaran, peringkat pelaksanaan pengajaran dan penilaian terhadap hasil pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran mencapai matlamat pendidikan yang sebenar.



0 Comments